Kemahiran Penting Kepada Graduan Masa Depan
PENGENALAN
Dalam
persaingan dunia kerjaya yang kian mencabar, ramai pihak beranggapan sudah
cukup jika graduan hanya mempunyai kelayakan akademik serta beberapa kemahiran
tertentu. Bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian akan menghadapi
kesukaran dalam mencari pekerjaan, seangainya mereka kurang menguasai pelbagai
kemahiran yang perlu ada dan perlu dikuasai oleh bakal graduan ketika berada di
institusi. Bagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan oleh badan bukan
kerajaan, ia mendapati selain mempelbagaikan kemahiran diri, penting graduan
atau bakal graduan mempunyai lebih kemahiran lain. Pembangunan pelajar bukan
hanya dilihat kepada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi mempunyai
kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan. Apatah
lagi budaya persaingan dalam konteks pekerjaan sama ada dalam bidang swasta
atau kerajaan semakin tinggi dan seringkali menjadi punca graduan menganggur.
Secara amnya, bakal graduan perlu menitik beratkan beberapa kemahiran yang
perlu dikuasai ketika berada di kampus, agar dapat berdepan dengan cabaran
dalam mencari pekerjaan, seterusnya mampu melahirkan modal insan kepada negara.
Terdapat beberapa kemahiran yang akan dinilai oleh majikan-majikan yang ingin
mengambil para bakal graduan menjadi pekerja.
KEMAHIRAN
KEPIMPINAN
Kemahiran
kepimpinan ini perlu dikuasai oleh bakal graduan dan ia tidak semestinya
mengenai seseorang yang berkuasa mengarah orang lain dan. Sebaliknya, ia adalah
nilai yang penting dalam memupuk kerjasama, berusaha ke arah matlamat yang sama
dan bertindak sebagai pemimpin dalam apa-apa peranan yang ditanggung, tidak
kira sama ada ia memenuhi definisi klasik pemimpin. Sebagai pemimpin juga,
mereka perlu menunjukkan potensi dalam motivasi serta member sokongan /
dorongan kepada rakan sekerja yang akan bekerja bersama mereka kelak. Ia juga
perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab, amanah dan patuh kepada arahan
yang diberi. Kemahiran ini juga sebenarnya telah dipupuk ketika mereka menuntut
di sekolah di kalangan pelajar, samada secara langsung atau tidak langsung.
Perkara yang penting di dalam sikap kepimpinan ini, bakal graduan perlu tahu
tentang tugasan yang diterima serta melaksanakan tugasan yang diberi dengan
baik, menentukan tarikh akhir tugasan serta menunjukkan kepimpinan dengan
memberikan contoh yang baik kepada orang lain atau rakan sekerja yang lain.
KEMAHIRAN
BERKOMUNIKASI
Kemahiran
ini merupakan kemahiran asas yang perlu diutamakan kerana majikan akan meneliti
dan menguji graduan sama ada kemahiran komunikasi mereka adalah benar pada
tahap yang diingini. Apabila penguasaan kemahiran komunikasi ini dapat
dikuasai, maka daya keyakinan akan menjadi lebih tinggi. Ia bukan sahaja mampu
bertutur dengan fasih, tetapi juga menguasainya secara lisan. Ini kerana
penguasaan terhadap Bahasa Inggeris seperti berkomunikasi dengan baik, ia akan
memboleh bakal graduan menghasilkan idea yang kritis dan kreatif untuk membantu
menarik minat pelabur agar mengikat perjanjian perniagaan. Selain itu, kehendak
pelanggan dalam urusan perniagaan juga dapat difahami dengan mudah, jelas dan
baik. Penguasaan terhadap kemahiran ini, terutama sekali dalam Bahasa Inggeris
juga mampu membantu bakal graduan dalam cabaran pencarian kerjaya yang
bersesuaian dengan bidang dan kemahiran yang mereka ada. Penguasaan dalam
Bahasa Inggeris umpama penentu kepada graduan agar lebih berkemampuan bersaing
secara efektif dalam pasaran kerja.
KEMAHIRAN
PENYELESAIAN MASALAH DAN KERJA BERPASUKAN
Daripada
semua kemahiran dibincangkan, penyelesaian masalah dan semangat adalah yang
paling rapat dengan kaedah pendidikan tradisional. Namun ini tidak bermakna
bahawa tidak ada kaedah inovatif yang melibatkan penyelesaian masalah dan kerja
berpasukan dalam kurikulum. Penyelesaian masalah dan kerja berpasukan bertindak
sebagai nadi untuk keseluruhan pasukan untuk berkembang dengan lebih cepat.
Kemahiran ini mendapat permintaan tinggi di industri dan mempunyai peluang
besar untuk pergi lebih jauh dalam sesuatu bidang. Menurut Ramon
Chelvarajasingam, Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, rata-rata
graduan luar adalah lebih maju dari aspek pemikiran kritikal, lebih inovasi,
malah berfikir di luar kebiasaan serta bermotivasi tinggi untuk maju ke
hadapan, terutama inisiatif pembangunan secara berterusan, berbanding graduan di
Malaysia. Maka, perlu bagi bakal graduan untuk cuba memajukan diri dengan
mempersiapkan diri mereka di dalam menguasai kemahiran ini. Dalam apa jua
bidang yang diceburi, semuanya tidak akan pernah terlepas daripada
menyelesaikan suatu masalah yang timbul di dalam kerja.
KEMAHIRAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Pada
masa kini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita
kian meluas, justeru itu kita mestilah peka terhadap perkembangan teknolohi
maklumat dan komunikasi ini. Kemahiran dalam menguasai teknolohi maklumat dan
komunikasi atau ICT ini adalah amat penting pada masa sekarang kerana banyak
perkara yang telah menggunakan teknologi maklumat ini. Sebagai contoh,
penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Menguasai kemahiran ini juga
membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah, kerana di zaman sekarang
banyak pekerjaan yang menggunakan teknolohi maklumat dan komunikasi ini.
Penggunaan komputer, internet adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di
negara ini. Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.
Kita tidak akan terjebak dalam mana-mana aktiviti yang tidak sihat seperti
menagih dadah, merompak, menculik dan sebagainya kerana kita sering menggunakan
komputer di rumah atau di cyber-cafe, menambahkan ilmu tentang kemahiran
ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.
KEMAHIRAN
INSANIAH
Kemahiran
Insaniah merupakan suatu pendekatan yang diperkenalkan oleh KPTM bagi
membangunkan modal insan pelajar IPTA. Menurut Abd Razzaq, Md Yunos, Hashim
& Sawah (2010) mengatakan kemahiran insaniah sebagai employable skills
iaitu melakukan sesuatu kerja dengan lebih praktikal dan realistik bergantung
kepada keupayaan dan kemahiran seseorang tersebut. Kunci utama kejayaan dalam
pengajian dan kerjaya seseorang berdasarkan kepada kualiti, pengetahuan,
keupayaan dan kemahiran umum yang dikenali sebagai kemahiran generik atau soft
skill ialah kemahiran selain daripada kemahiran bukan akademik, dan ia
merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja
berkumpulan. Dalam konteks kajian ini merangkumi tiga jenis kemahiran iaitu
kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan
kemahiran kerja berpasukan. Secara amnya, bakal graduan dan pihak-pihak yang
bertanggungjawab perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran insaniah di
kalangan bakal graduan, kerana kemahiran ini adalah merupakan rangkuman kepada
aspek kemahiran generik, iaitu aspek kemahiran yang sangat diperlukan dalam
dunia pekerjaan yang bersifat global. Justeru itu, graduan harus mempersiapkan
diri dengan pelbagai kemahiran tambahan agar mereka boleh bersaing di pasaran
pekerjaan yang sangat kompetatif. Bakal graduan perlu menilai dan menepati
kehendak pasaran kerja yang kian mencabar. Mereka juga harus sedar bahawa
pencapaian akademik semata-mata tidak lagi menjamin mereka untuk mendapat
jawatan yang setaraf dengan kelulusan yang mereka perolehi. Apatah lagi dengan
perubahan teknologi pada masa ini yang sangat pantas.
CADANGAN
KEPADA BAKAL GRADUAN
Cadangan
pertama ialah kepada bakal graduan itu sendiri, iaitu dengan memasitkan agar
mereka perlu lebih aktif dan rajin dalam menyertai pelbagai aktivti atau
program yang dapat membantu mereka dalam menguasai kemahiran berkomunikasi,
terutamanya di dalam Bahsa Inggeris. Penguasaan kemahiran berkomunikasi
merupakan kriteria utama yang akan dinilai dan diperlukan oleh majikan terhadap
graduan yang mencari pekerjaan. Terutamanya, penguasaan terhadap kemahiran ini juga
boleh membolehkan bakal graduan dapat mempertingkatkan lagi tahap keyakinan
berkomunikasi mereka dengan orang luar, iaitu pelabar atau peniaga dari negara
luar. Malahan, dengan keyakinan yang tinggi apabila dapat menguasai kemahiran
ini, terutamanya dari aspek lisan, maka mereka akan dpat menyalurkan pelbagai
idea yang kritis dan kreatif disebabkan kemampuan mereka berkomunikasi dengan
baik menggunakan Bahasa Inggeris. Oleh itu, para bakal graduan perlu berusaha
dengan mengambil peluang yang sedia ada sekiranya mereka ingin menguasai bahasa
tersebut dengan lebih baik lagi disamping perlu lebih komited dengan memilih
inisiatif sendiri untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi karenah majikan
yang menginginkan penguasaan komunikasi dalam Bahasa Inggeris pada tahap yang
tinggi atau standard.
Cadangan yang kedua ialah, bakal graduan perlu atau wajib
menyertai aktiviti-aktiviti persatuan sama ada di dalam, mahupun di luar
kampus, dengan pihak universiti perlu memantau atau menghadkan penglibatan
bakal graduan sekiranya terlibat dengan persatuan luar kampus. Penglibatan di
dalam aktiviti persatuan ini kepada bakal graduan ialah, bakal graduan akan
dapat meningkatkan keyakinan ketika berdepan dengan orang ramai, selain
mengasah kemahiran berkomunikasi mereka dengan komuniti yang ada di dalam
persatuan yang disertai. Dari aspek individual pula, penglibatan ini akan
membantu bakal graduan memupuk semangat dalam kerja berpasukan. Malah, ianya
merupakan pendedahan kepada bakal graduan sebelum memasuki alam kerjaya yang
sebenar dalam perkongsian idea dan mengemukakan idea yang kritis untuk sesuatu
maklumat sekiranya ingin menyelesaikan masalah. Dari itu, bakal graduan juga
dapat menggunakan kesempatan tersebut untuk membiasakan diri dengan perkongsian
idea dengan komuniti yang terlibat di dalam persatuan tersebut. Selain itu,
bakal graduan juga dapat memupuk diri dengan sifat kepimpinan dalam diri mereka
dengan menjadi pemimpin kepada rakan yang lain. Ini kerana, kemahiran-kemahiran
tersebut, seperti kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan merupakan
aspek dan kriteria yang dicari oleh majikan. Penglibatan di dalam
aktiviti-aktiviti persatuan juga merupakan satu batu loncatan buat bakal
graduan dalam mempuku seterusnya membiasakan dri mereka dengan kemahiran
pengurusan organisasi. Ianya umpama suatu pendedahan kepada bakal graduan dalam
salah seorang daripada pekerja yang bakal menguruskan sesuatu organisasi.
Cadangan yang ketiga pula ialah
aplikasi praktikal. Cadangan ini melibatkan penglibatan institusi-institusi
pendidikan yang menjadi pengeluar kepada bakal-bakal graduan yang akan berdepan
dengan cabaran global pasaran kerja kelak. Aplikasi praktikal membolehkan bakal
graduan lebih bersedia dalam berdepan dengan situasi sebenar di dalam pekerjaan
yang bakal diceburi kelak. Melalui pengaplikasian ini juga, bakal graduan akan
dapat mempersiapkan diri dengan kehendak dan keperluan yang perlu dipenuhi oleh
pelanggan. Selain itu, melalui aplikasi praktikal ini juga, bakal graduan akan
mempunyai lebih kesedaran lagi terhadap tugas yang bakal dilaksanakan dan
digalas kelak. Sebagai contohnya, dalam bidang perubatan dimana pengalaman dan
pengetahuan klinikal adalah lebih diutamakan berbanding amali, ini kerana,
situasi yang bakal dihadapi kelak adalah berbeza dan sekiranya aplikasi
praktikal kurang dilakukan, maka bakal graduan perubatan akan menghadapi
kesukaran dalam menghadapi situasi di tempat mereka bekerja kelak. Malah,
mereka juga tidak akan dapat mempersiapkan diri menguasai sesuatu prosedur.
Begitu juga halnya dengan bidang praktikal kerja yang lain, seperti bidang
kejuruteraan, perbankan dan pendidikan. Pendek kata, aplikasi praktikal adalah
perlu diutamakan oleh institusi pendidikan kepada bakal graduan. Disamping itu,
kaedah ini turut dapat meningkatkan kualiti kerja mereka kelak kerana sudah
biasa dalam melakukan tugasan yang diberikan ketika menjalani sesi praktikal.
Malahan, aplikasi praktikal ini juga akan melahirkan tenaga kerja mahir yang
menjadi antara kriteria pilihan majikan.
RUJUKAN
Comments
Post a Comment