Kemahiran Penting Kepada Graduan Masa Depan
PENGENALAN Dalam persaingan dunia kerjaya yang kian mencabar, ramai pihak beranggapan sudah cukup jika graduan hanya mempunyai kelayakan akademik serta beberapa kemahiran tertentu. Bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian akan menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan, seangainya mereka kurang menguasai pelbagai kemahiran yang perlu ada dan perlu dikuasai oleh bakal graduan ketika berada di institusi. Bagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan, ia mendapati selain mempelbagaikan kemahiran diri, penting graduan atau bakal graduan mempunyai lebih kemahiran lain. Pembangunan pelajar bukan hanya dilihat kepada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi mempunyai kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan. Apatah lagi budaya persaingan dalam konteks pekerjaan sama ada dalam bidang swasta atau kerajaan semakin tinggi dan seringkali menjadi punca graduan menganggur. Secara amnya, bakal graduan perlu menitik beratkan be...